Baru baru ni , aku telah ditakdirkan jumpa dengan scammer . Hari aku ada iklankan buku aku time asasi di mudah.my , untuk kebaikan buku tu jugak sebab aku tak guna dah buku . Buku tu pulak bapak mahal time aku beli , aku beli ingat boleh guna sampai degree disebabkan hajat tak kesampaian aku iklankan buku tu . Senang je sape nak beli , boleh contact number aku ....tak pula aku sangka kesempatan ini telah diambil oleh scammer di luar sana . Mujurlah aku tak mudah tertipu dan mempercayai manusia-manusia dekat alam maya ni .
Ni lah detail cara scammer ni nak scam aku . Pasal dia dapat mana semua maklumat tu sebabnya
dia acah-acah nak beli buku yang aku iklankan tu , so sebab tu lah aku bagi maklumat aku kat dia
ingatkan serius ......rupa-rupanya scammer .
Korang kenelah selalu berhati-hati dengan scammer kat luar sana yang penah erti penat lelah nak scam korang . Jangan terus percaya kat sesiapa pun . Bila aku sedar ....email ni dihantar untuk scam aku just buat tak tahu je kat whatapps , tempat mula-mula dia contact aku .
aku ada screenshot gambar whatapps dia , tapi dia tak pakai gambar betul . Benda ni (penipu tu) asyik tukar gambar je (mungkin selepas dia dah scam orang lain ) . So kalau number ada whatapps korang .....silalah jangan layan ....block je terus !!!!
aku tak sempat nak screenshot chat aku dengan dia disebabkan aku padam , tapi scammer ni memang bermulut manis .
No comments:
Post a Comment