Friday, April 15, 2016

Nak jadi apa???










Dalam hidup ni ...apa- apa pun yang berlaku adalah ketentuan takdir ....ada baik buruknya . Siapa diri kita pada masa depan atas keputusan kita juga . Korang tak payahnya fikir sampai pecah kepala , just buat apa yang membahgiakan korang . Untuk puaskan hati semua orang ...memang tak boleh termasuklah ibubapa kita . Just go with your passion and desire , at the end it is your decision who , what you want to be . Korang yang akan lalui proses tu ...bukan ibubapa korang . Carilah benda yang korang buat dan korang happy dengan benda tu . Aku pulak....aku tak ingat dah apa yang buat aku rasa happy ...if you don't know ...find it . aku happy bila aku boleh nampak senyuman orang lain , aku dapat ringankan beban mereka , aku dapat bantu orang yang dalam kesusahan . Aku happy bila buat macam tu . aku sedar aku selalu nak buatkan diri aku happy ...bangga . Aku nak pakai baju mahal , aku nak travel , nak makan sedap ....aku hanya bahgiakan diri aku untuk sementara sahaja , The happiness did not last long . aku tak buat orang di sekeliling aku happy .


ANGAN dan NYATA

Dulu anganku ingin memiliki keluarga bahgia tanpa sengsara dan duka . Semakin usiaku meningkat semakin aku mengerti , hidup tidak semudah itu . Terasa pahit sekali kebenaran yang aku harus telan , selalu  bermain segala kemungkinan di benak kepalaku . Bisa aku hidup bahgia , bisa aku terbang bebas seperti burung helang  tanpa ditembak pemburu , bisa aku redah hutan tanpa dibaham binatang buas , bisa aku berenang di lautan biru terbentang luas tanpa lemas . Kenyataan ini begitu meyesakkan jiwa , dunia tidak seindah yang disangka ketika aku masih berlarian di laman rumahku , ketika aku masih dipimpin ibuku untuk ke sekolah , ketika aku mendongak ke langit menanyakan awan berwarna birukah , ketika aku mengira bintang di langit di waktu malam atau ketika aku merengek kelaparan kepada ibuku . Ya , aku takut mengejar mimpi , takut mimpi tidak menjadi seperti yang diinginkan , aku takut jika aku rebah di tengah jalan , aku takut dilukai dan melukai , aku takut jika aku sengsara , aku takut tidak bisa bangun dari jatuhku ...


Tapi kata ibuku , aku harus berdepan dengan alam nyata . aku bisa terbang bebas seperti helang , aku bisa meredah hutan , aku bisa meneroka lautan biru , biarpun terluka , biarpun lemas ...aku harus berani . Ketika ibu tiada di sisi . Ketika aku mendongak ke langit , air hujan mebasahi tubuhku . Ketika aku ingin  melihat matahari terbit , petir sambar menyambar . Ketika aku tidak punya wang untuk mengisi perutku . Aku mesti berani mengejar mimpiku , berani melihat angan menjadi nyata , berani rebah di jalanan , berani dilukai , berani menghadapi sengsara , berani berdiri teguh semula setelah rebah .



OBSES

Obses ni dalam banyak benda ....orang ...benda ....harta ...minat ...tapi apa yang aku nak tekankan ialah perasaan yang melampau terhadap someone .  obses  ...keinginan mereka untuk memiliki orang yg mereka cinta dalam apa jua keadaan sekalipun ...merekan sanggup buat apa sahaja termasuk membunuh .



cinta bisa menjadi penawar segala duka
tetapi cinta juga boleh menjadi bisa 
rasanya begitu mendalam sekali
sukar untuk difahami perasaan ini
menyesakkan nurani sesiapa yang mereka cintai
adakah cinta mereka itu tulus 
atau sekadar keinginan melampau sahaja

bukan aku tidak menghargai perasaan mereka
benarkah itu cinta??
mengapa tidak mendatangkan bahagia ??
mengapa tidak lenyap sengsara??
atau itu sekadar obses sahaja

Thursday, April 14, 2016

CINTA







cinta hadir ketika kau tidak duga ...hadirnya menghidupkan suasana ...membawa seribu rasa ...membuat insan ingin hidup selamanya ...jika cinta itu boleh diberi kepada sesiapa ...pastinya hidup ini begitu rumit...itulah adilnya cinta ...cinta tidak mengenal sesiapa , warna kulit , darjat ...semua manusia boleh mencintai dan dicintai ...cinta itu buta ..katanya ..tapi manusia sebenarnya buta kerana cinta ..begitulah. Banyak kisah cinta dalam dunia ...ada yang sengsara kerana cinta ...ada yang bisa hidup lagi kerna cinta ...ada yang tiada lagi di dunia ini kerana cinta ...ada yang saling membenci kerana cinta ...ada yang kuat kerana cinta ..ada yang lemah kerna cinta ...ada yang tidak berhenti melupakan kerana cinta ...Cinta ..mengapa cinta itu begitu kuat sekalinya ..aku juga tidak pernah merasai apa sebenarnya cinta itu ...seperti apa ...tapi aku sudah banyak mendengar tentang cinta di mulut2 orang ramai ...dan akibatnya cinta ...rasanya .... semestinya kita tidak mahu cinta memberi rasa yang menyakitkan ...malah kita mahu cinta menjadinya segalanya sehingga menjadi sebabnya kewujudan kita di dunia ini ..ya ..aku seringkali mendengar betapa indah, kuat , agungnya sebuah cinta itu ...tentu sekali aku ingin mencari dalm hidup aku yang singkat ini ...merasai sendiri kehebatannya ...


IMPIAN








Ingat tak masa kecil dulu , betapa banyak rancangan hidup korang ...kalau boleh semua benda nak buat ...tapi sekarang ni ...bila tiba saatnya ...aku tak tahu apa nak buat ...apa yang aku nak sebenarnya ...jalan mana yang patut aku ambik...that's life ...dulu aku selalu impikan untuk hidup mewah ...bergaya ...melancong serata dunia ....walaupun aku tahu semua tu sukar untuk aku  capai sebenarnya dengan  aku yang tak pernah berusaha ....aku memang suka berangan-angan tapi tak pernah nak jadikan impia tu satu kenyataan..aku terfikir kali ni ..semakin aku kejar benda yg aku nak dalam hidup ni ...lagi aku tak bahagia ...lagi aku tak puas ....bila dah dapat ...aku still tak puas ..aku pandang tinggi ...pandang semua orang yang hidup mewah , senang ..aku nak jadi cam diorang satu hari nanti tapi macam mana kalau aku tak juga bahagia selepas aku dapat semuanya ..aku rasa dah tiba masanya untuk aku pandang ke bawah balik...pandang semua manusia yang menderita dan masih tak dapat hidup senang dalam hidup diorang...apa yang boleh membuatkan aku bahagia ialah dengan membantu mereka ..membuatkan manusia yang menderita tersenyum disebabkan pertolongan aku...suatu ketika dulu ...aku tahu aku nak hidup dgn tenang ...membantu orang sekeliling aku ...tu lah kehidupan yg aku inginkan sebenarnya ..aku tak perlu habiskan tenaga dan masa untuk kejar kemewahan hidup sebab tu bukan yang aku perlukan



Tuesday, April 12, 2016

Lesen kereta




sebut pasal lesen kereta ni buat hati aku panaslah pulak ....aku punya kelas bulan 3 hari tu sepatutnya dah habis ...tapi disebabkan nak balik kg ..aku tangguhkan kelas aku tu ...test jpj pun dah lari ..makin lambat ...masalahnya skrg dah nak masuk pertengahan bulan 4 ...mak aku ada banyak kali call kitaorg punya ejen ...mak aku cakap sombong lepas dapat duit ...lepas aku dapat lesen L (belajar) hari tu dah byr banyak dah ..tinggal berapa ratus lagi ...harga semua aku tak berapan 12++ ... aku kne jugak habiskan aku punya lesen sebab tempoh lesen L tu hanya 3 bulan ...aku dah nak sambung belajar pulak nanti ...harap sempatlah ...

untuk pengetahuan korang aku hanya ambik lesen kereta ...masa belajar aku pakai viva . Dalam duk menunggu ni ..aku ada jugak bawak kereta saga lama mak aku tu ...berpeluh drive saga ...biasalah lama ...sama umur dengan aku ..aircond rosak ...aku test lah drive ...dah bertambah confident nak tekan minyaklah skrg ...dulu takut jugak ...awal2 dlu asyik mati je kereta ...Nanti aku drive auto ..malaslah nak pkai manual ...ambik lesen manual senang ..auto or manual ...dua2 boleh bawak ...auto boleh bawak auto je ...in case ada emergency aku still boleh bawak manual ...lagipun lesen auto lagi mahal

Duduk berdekatan dengan airport





Kenapa aku ada antara nilai and sepang ni ...aku hanya ambik masa belasan minit sahaja untuk sampai ke airport ...ayah aku kerja sebagai pegawai imigresen dekat KLIA ...bukan Klia2 ...korang jangan confuse nanti tak pasal2 terlepas flight ...dahlah bayar mahal.. satu kelebihan sebenarnya ..kalau nak travel tak payahlah nak bermalam kat airport semata mata nak kejar flight . apa yang tak best sebenarnya ...KLIA2 tu kan dah macam shopping mall ....memnglah tapi kalau aku anak orang kaya tak apalah ..bolehlah tiap2 bulan shopping...Panggung wayang jauh ....at least kne pergi alamanda or ioi mall ...or seremban2 ...




Hari tu aku ada jugak tumpang ayah aku g mitsui outlet (macam pust beli belah untuk pelancong )  ...ada bas yang ulang alik dari mitsiu outlet ke klia then Klia2 (FREE) . Masa  tu punyalah happy ...lepas masuk kedai tengok harga ...mulalah nak bawak kaki keluar dari kedai tu cepat2 ...tak adalah semua mahal tapi banyak tak murah ...aku steady je dengan adik2 aku pergi berjaln kat klia2 sedangkan tempat pack dan sibuk dengan orang nak naik ...turun dari flight ...buat selamba je lah ..org lain bawak beg besar2 


Korang mesti tertanya tanya ...aku ni pernah ke naik flight ...of courselah ..kalau aku nak naik bas pun...hari tu naik kat putrajaya ...disebabkan rumah aku ni dekat dengan klia ...duit untuk beli flight kira berbaloi ...biasanya aku naik air asia je ...murah ...time aku belajar kat mrsm kuala berang kat terengganu dulu pun ....aku ada ulang alik naik flight ni ...sorang2 ...first time takut jugak ..siap salah seat lagi ..buat malu je ..lepas aku dah pro lah ...air asia je lah

LAKORN


Sejak habis spm ni....aku ada 4-5 month before further study aku...kebanyakan masa sebelum ni memang aku habiskan masa tengok lakorn ....pada sesiapa yang tak tahu lakorn tu apa? mari sy explain skit ...ok ...lakorn ni sebenarnya drama thailand , of course lain gila dari drama korea.. actually drma korea banyak mesej lagi berbanding lakorn...kadang2 aku pun tak faham sesetengah jalan cerita lakorn ni...walaupun begitu aku still suka lakorn....bukanlah tak faham tapi tak masuk akal kut.  Aku ada sign up satu website ni ...mydramalist .. kat sini ..korang boleh tahu ranking ...komen2 pasal cerita yang korang nak tahu...kdg2 korang terus akan tahu ending dia ..klau rajin baca review ..aku dah byk kne ...adalah juga yang aku tak tengok lepas tahu dia punya ending
apa yang aku tak suka tentang lakorn????

1. kebanyakan kiss diorang tak nampak real
2. jalan cerita tak masuk akal
3. jalan cerita berulang
4. kebanyakan cerita diorang tengan hate then love or love then hate 
5. biasanya cerita tentang budak kaya (lelaki) ...perempuan miskin

apa yang aku suka ????
1. biasanyalah pelakon dia cantik or kacak 
2. tempat diorang shoot pun cantik (bila hero or heroin merajuk melarikan diri )
3. biasanya cerita tentang budak kaya (lelaki) ...perempuan miskin
4. mencari kelainan dari drama korea

korang kne pandai pilih kut genre korang jugak ...


SO ...sini aku listkan lakorn yang aku suka ...

Image result for sawan biang    Sawan Biang ....
  
Lakorn ni antara kesukaan ramai ....what I like about this lakorn ...mungkin aku terjatuh hati dengan perangai bad boy Kawee ok ni citer hate love ....atau slap kiss untuk lakorn


   Rok Ruk Raeng Kaen

lakorn apa yang paling aku tak puas hati ending ....aku rasalah heroin sepatutnya dapat lelaki yang lebih baik daripada hero ni...awal2 citer dorang memang sweet giler ..this love then hate ...laorn ni bagi perasaan yang aku tak pernah rasa macam perasaan cinta  boleh jadi sekejam tu ke 


   Sanaeha Sunya Kaen

Lakorn ni pulak slap kiss jugak... berkisar tentnag seorang lelaki yang ingin membalas dendam kerana kematian isterinya yang tercinta 

aku tahu semua citer ni cinta dan benci ...bukannya  aku suka pun that kind of a relationship but mungkin aku suka tengok how their love overcome their hatred to each other or how revenge get over their love ...something like that ...maybe 



Sunday, January 17, 2016

Bride of the century vs It's okay that's love



BRIDE OF THE CENTURY




okey ...mengisahkan Na Do Rim yang menjadi pengganti kepada seorang perempuan kaya apabila perempuan tu menghilangkan sedangkan perkahwinan yang diatur family semakin hampir..apa yang aku suka sangat pasal citer ni ialah kesantaian ....citer ni ...dia punya drama tu tak adalah berat sangat ( bagi akulah sebab aku prefer drama yang berat-berat gitu ..melodrama) perasaan korang akan bercampur tau...korang akan gelak sampai sakit perut ...then rasa marah ...pastu nangis ....yang penting happy ending lah....hehehhe..aku ingat sebab aku baru je tengok balik citer ni..dalam banyak - banyak drama korea ...aku rasalah drama ni lah drama santai yang sweet giler ...try tengok tak caya ...kalau it's okay that's love tu memang sweet tapi tengah -tengah sedihlah ...jalan citer drama tu tak disangka-sangka 



IT'S OKAY THAT'S LOVE 







aku pun dah tak ingat jalan citer ni ..tapi perasaan bila tengok citer memang bagi kesan kat lagi2 pasal penyakt lelaki tu yang dia nampak benda yang orang lain tak nampak...sweetlah first2 macam mana laki ni nak pikat perempuan tu sedangkan dia dah ada bf ...tapi lepas tu bf dia curang , lelaki ni kejamlah skit part paling menyentuh bila heroin tak dapat jumpa hero disebabakan rawatan untuk merawat penyakit hero...tapi heroin still jumpa dia dan tak tinggalkan dia . apa yang buatkan citer ni lucu salah satunya Lee Kwang  Soo 


Kal Ho Na Ho






life changes its beauty every moment
sometimes life shade and sometimes life is sunlight
life every moment to you heart content
the time that is here may not be tomorrow
the one who love you whole heart is very difficult to find 
if someone like that exists that person is the most beautiful of all
take that person by the hand 
they may not be so grateful tomorrow
hiding your eyes with the shade of lashes
whenever the someone comes near you
as much as you try to reason with your crazy heart
it will continue its beating
but think about it what is here at this moment 
the same story may not be so tomorrow
the time that is here may not be tomorrow

                                                                                                                            

Cinta YanG aGUNG





Cinta yang agung
Adalah ketika kamu menitikkan air mata
dan masih peduli terhadapnya..
Adalah ketika dia tidak mempedulikanmu dan kamu masih
menunggunya dengan setia..

Adalah ketika dia mulai mencintai orang lain
dan kamu masih bisa tersenyum sembari berkata ‘Aku
turut berbahagia untukmu’

Apabila cinta tidak berhasil…bebaskan dirimu…
Biarkan hatimu kembali melebarkan sayapnya
dan terbang ke alam bebas lagi ..
Ingatlah…bahwa kamu mungkin menemukan cinta dan
kehilangannya..
tapi..ketika cinta itu mati..kamu tidak perlu mati
bersamanya…

Orang terkuat bukan mereka yang selalu menang..
melainkan mereka yang tetap tegar ketika
mereka jatuh

(Khalil Gibran)

Main Yahaan Hoon ost Veer Zaara



Dearest behold 
the distances have gone
 I'm here , here , here , here and here
beyond all borders and encumbrances 
I am here , here , here , here and here
I am the secret you can never hide
 I am the gesture you can never forget 
 Why are you surprise d at these vibrations 
because  I am the sound of your heart
listen , if you can to the rhythms of your heart
I and only I'm now in your thoughts
I'm in all your questions and your answers
I occupy all our reams
I'm in the radiance of your sight
You can see  me wherever your vision goes

Chan Yoo Tee Hua Jai (My weakness is at my heart) ost Sawan Biang


I know you don't love , don't care about me
deep inside , I almost melt away
I can't restrain my mind
I pretend not to care
 but in fact , my tears is flowing
my whole heart is hurt
and can't find anyone understand me
my weakness at my heart

I pretend to be strong
 i just act but in fact , I'm almost dying
I need love , need someone understanding me
but I have to hide it inside
nothing else
I don't want to let anyone know
within my heart , how much I love you
and love..with all my heart

asking myself
for what I do , who I do it for
being sarcastic with myself
hurting myself
what do I get in return?
there're only shedding tears
being confused and vulnerable
I have to be suffering
and deeply hurt with all my body and heart
My weakness is at my heart

I pretend to be strong
I just act but in fact , I'm almost dying
I need love , need someone understanding me
but i have to hide it inside
nothing else , in fact 
my heart is weak

I know you don't love , don't care about me
deep inside , I almost melt away
I can't restrain my mind
I pretend not to care
 but in fact , my tears is flowing
my whole heart is hurt
and can't find anyone understand me
my weakness at my heart

I pretend to be strong
I just act but in fact , I'm almost dying
I need love , need someone understanding me
but I have to hide it inside
nothing else
I don't want to let anyone know
within my heart , how much i love you
and love with all my heart 



Mungkin





Di saat cinta kembali hadir , aku tahu inilah saat terindah dalam hidupku tapi mana mampu aku untuk menghalang rasa yang sering hadir dalam hatiku , biar beribu kali ditepis , rasanya tetap hadir ...aku tahu cinta ini tak mungkin dapat dibalas ....namun biarkanlah aku berbahagia untuk saat ini , biarkan aku merasai nikmat ketika bersamamu , aku tak perlu kata sayang , aku cuma mahu dia ada di hadapanku sambil menceritakan kisah hidupnya kepadaku sehingga aku tahu segala cerita suka duka hidupnya ....ya aku mahu ketika itu masa dibekukan . Dari hari ke hari  aku pula meragui perasaan aku adakah ianya cinta atau hanya kesunyian yang terisi tapi apa yang menyedarkan aku akan rasa ini kerana sering kali hati ini terasa begitu sakit apabila melihat dia dalam keadaan sengsara . Sehingga tiba hari terakhir aku melihat wajahnya , aku takut kehilangan dia tapi aku tahu dia bukan milik aku ....aku bukan milik dia ...aku yakin sekali takdirnya begitu ...aku tak mahu melupakan dia ....aku tidak akan melupakan , aku bersyukur kerana dia pernah datang melalui hari- hariku di dunia ini ....dia memberikan rasa yang telah lama hilang , mungkin aku tidak mencintai ...mungkin aku hanya merasakan dia sahaja lelaki yang pedulikan aku...tetapi jika ditanya adakah aku sanggup berkorban untuk dia ....aku bersedia ...aneh sekali ...mungkin aku hanya mahu menidakkan perasaan kerana cinta tak berbalas ...mungkin.... Nad

Kelas Berenang Presint 6




Aku sebenarnya dah lama masuk kelas renang ni .(dalam bulan 12 tahun lepas)..kat kolam renang presint 6 ....aqua putra , nama kumpulan tu lah ...yang bestnya memang tak ada bayaran kecuali 2 ringgit seorang setiap kali masuk kelas , sebenarnya tu peruntukan untuk masuk kolam renang so kita akan bayar untuk guna kolam renang je . Aku dan adik-adik aku akan pergi setiap hari isnin malam..hari lain dibuka untuk orang ramai...aku tak adalah penat sangat tapi diorang penatlah ....pagi tu sekolah ...yang sorang lagi tu 17 ...spm tahun ni so ada kelas tuisyen disebabkan dia sanggup nak pergi jugak . Maklumlah nak pergi kelas yang berbayar bukan tak mampu tapi banyak benda lagi yang nak buat dengan duit yang mak ayah kitaorg ada .... aku tinggal kat area nilai bersempadan dengan sepang .....agak jauhlah nak pergi sana dalam 40 minit but demi ilmu yang kitaorang nak tuntut , terpaksalah . Kat sini memang wajib pakai baju renang .... banyaklah jugak kita orang berlabur beli baju renang dan gogle....aku pulak yang ramai adik so plus - plus dalam seribu kurang skit kut. Sebelum lupa ... kalau korang nak datang ...datang je .time nak masuk tu cakap nama kumpulan....cakap nak belajar kat coach tu ..nama dia Shazali . aku masa first time datang pun tak tahu apa-apa ... dia kan ajar dari basic . Kitaorg dalam kumpulan tu antara yang termuda sebab yang lain macam dah keje ..