Sunday, January 17, 2016

Mungkin





Di saat cinta kembali hadir , aku tahu inilah saat terindah dalam hidupku tapi mana mampu aku untuk menghalang rasa yang sering hadir dalam hatiku , biar beribu kali ditepis , rasanya tetap hadir ...aku tahu cinta ini tak mungkin dapat dibalas ....namun biarkanlah aku berbahagia untuk saat ini , biarkan aku merasai nikmat ketika bersamamu , aku tak perlu kata sayang , aku cuma mahu dia ada di hadapanku sambil menceritakan kisah hidupnya kepadaku sehingga aku tahu segala cerita suka duka hidupnya ....ya aku mahu ketika itu masa dibekukan . Dari hari ke hari  aku pula meragui perasaan aku adakah ianya cinta atau hanya kesunyian yang terisi tapi apa yang menyedarkan aku akan rasa ini kerana sering kali hati ini terasa begitu sakit apabila melihat dia dalam keadaan sengsara . Sehingga tiba hari terakhir aku melihat wajahnya , aku takut kehilangan dia tapi aku tahu dia bukan milik aku ....aku bukan milik dia ...aku yakin sekali takdirnya begitu ...aku tak mahu melupakan dia ....aku tidak akan melupakan , aku bersyukur kerana dia pernah datang melalui hari- hariku di dunia ini ....dia memberikan rasa yang telah lama hilang , mungkin aku tidak mencintai ...mungkin aku hanya merasakan dia sahaja lelaki yang pedulikan aku...tetapi jika ditanya adakah aku sanggup berkorban untuk dia ....aku bersedia ...aneh sekali ...mungkin aku hanya mahu menidakkan perasaan kerana cinta tak berbalas ...mungkin.... Nad

No comments:

Post a Comment