Dalam hidup ni ...apa- apa pun yang berlaku adalah ketentuan takdir ....ada baik buruknya . Siapa diri kita pada masa depan atas keputusan kita juga . Korang tak payahnya fikir sampai pecah kepala , just buat apa yang membahgiakan korang . Untuk puaskan hati semua orang ...memang tak boleh termasuklah ibubapa kita . Just go with your passion and desire , at the end it is your decision who , what you want to be . Korang yang akan lalui proses tu ...bukan ibubapa korang . Carilah benda yang korang buat dan korang happy dengan benda tu . Aku pulak....aku tak ingat dah apa yang buat aku rasa happy ...if you don't know ...find it . aku happy bila aku boleh nampak senyuman orang lain , aku dapat ringankan beban mereka , aku dapat bantu orang yang dalam kesusahan . Aku happy bila buat macam tu . aku sedar aku selalu nak buatkan diri aku happy ...bangga . Aku nak pakai baju mahal , aku nak travel , nak makan sedap ....aku hanya bahgiakan diri aku untuk sementara sahaja , The happiness did not last long . aku tak buat orang di sekeliling aku happy .
Friday, April 15, 2016
ANGAN dan NYATA
Dulu anganku ingin memiliki keluarga bahgia tanpa sengsara dan duka . Semakin usiaku meningkat semakin aku mengerti , hidup tidak semudah itu . Terasa pahit sekali kebenaran yang aku harus telan , selalu bermain segala kemungkinan di benak kepalaku . Bisa aku hidup bahgia , bisa aku terbang bebas seperti burung helang tanpa ditembak pemburu , bisa aku redah hutan tanpa dibaham binatang buas , bisa aku berenang di lautan biru terbentang luas tanpa lemas . Kenyataan ini begitu meyesakkan jiwa , dunia tidak seindah yang disangka ketika aku masih berlarian di laman rumahku , ketika aku masih dipimpin ibuku untuk ke sekolah , ketika aku mendongak ke langit menanyakan awan berwarna birukah , ketika aku mengira bintang di langit di waktu malam atau ketika aku merengek kelaparan kepada ibuku . Ya , aku takut mengejar mimpi , takut mimpi tidak menjadi seperti yang diinginkan , aku takut jika aku rebah di tengah jalan , aku takut dilukai dan melukai , aku takut jika aku sengsara , aku takut tidak bisa bangun dari jatuhku ...
Tapi kata ibuku , aku harus berdepan dengan alam nyata . aku bisa terbang bebas seperti helang , aku bisa meredah hutan , aku bisa meneroka lautan biru , biarpun terluka , biarpun lemas ...aku harus berani . Ketika ibu tiada di sisi . Ketika aku mendongak ke langit , air hujan mebasahi tubuhku . Ketika aku ingin melihat matahari terbit , petir sambar menyambar . Ketika aku tidak punya wang untuk mengisi perutku . Aku mesti berani mengejar mimpiku , berani melihat angan menjadi nyata , berani rebah di jalanan , berani dilukai , berani menghadapi sengsara , berani berdiri teguh semula setelah rebah .
OBSES
Obses ni dalam banyak benda ....orang ...benda ....harta ...minat ...tapi apa yang aku nak tekankan ialah perasaan yang melampau terhadap someone . obses ...keinginan mereka untuk memiliki orang yg mereka cinta dalam apa jua keadaan sekalipun ...merekan sanggup buat apa sahaja termasuk membunuh .

cinta bisa menjadi penawar segala duka
tetapi cinta juga boleh menjadi bisa
rasanya begitu mendalam sekali
sukar untuk difahami perasaan ini
menyesakkan nurani sesiapa yang mereka cintai
adakah cinta mereka itu tulus
atau sekadar keinginan melampau sahaja
bukan aku tidak menghargai perasaan mereka
benarkah itu cinta??
mengapa tidak mendatangkan bahagia ??
mengapa tidak lenyap sengsara??
atau itu sekadar obses sahaja
Thursday, April 14, 2016
CINTA
cinta hadir ketika kau tidak duga ...hadirnya menghidupkan suasana ...membawa seribu rasa ...membuat insan ingin hidup selamanya ...jika cinta itu boleh diberi kepada sesiapa ...pastinya hidup ini begitu rumit...itulah adilnya cinta ...cinta tidak mengenal sesiapa , warna kulit , darjat ...semua manusia boleh mencintai dan dicintai ...cinta itu buta ..katanya ..tapi manusia sebenarnya buta kerana cinta ..begitulah. Banyak kisah cinta dalam dunia ...ada yang sengsara kerana cinta ...ada yang bisa hidup lagi kerna cinta ...ada yang tiada lagi di dunia ini kerana cinta ...ada yang saling membenci kerana cinta ...ada yang kuat kerana cinta ..ada yang lemah kerna cinta ...ada yang tidak berhenti melupakan kerana cinta ...Cinta ..mengapa cinta itu begitu kuat sekalinya ..aku juga tidak pernah merasai apa sebenarnya cinta itu ...seperti apa ...tapi aku sudah banyak mendengar tentang cinta di mulut2 orang ramai ...dan akibatnya cinta ...rasanya .... semestinya kita tidak mahu cinta memberi rasa yang menyakitkan ...malah kita mahu cinta menjadinya segalanya sehingga menjadi sebabnya kewujudan kita di dunia ini ..ya ..aku seringkali mendengar betapa indah, kuat , agungnya sebuah cinta itu ...tentu sekali aku ingin mencari dalm hidup aku yang singkat ini ...merasai sendiri kehebatannya ...
IMPIAN
Ingat tak masa kecil dulu , betapa banyak rancangan hidup korang ...kalau boleh semua benda nak buat ...tapi sekarang ni ...bila tiba saatnya ...aku tak tahu apa nak buat ...apa yang aku nak sebenarnya ...jalan mana yang patut aku ambik...that's life ...dulu aku selalu impikan untuk hidup mewah ...bergaya ...melancong serata dunia ....walaupun aku tahu semua tu sukar untuk aku capai sebenarnya dengan aku yang tak pernah berusaha ....aku memang suka berangan-angan tapi tak pernah nak jadikan impia tu satu kenyataan..aku terfikir kali ni ..semakin aku kejar benda yg aku nak dalam hidup ni ...lagi aku tak bahagia ...lagi aku tak puas ....bila dah dapat ...aku still tak puas ..aku pandang tinggi ...pandang semua orang yang hidup mewah , senang ..aku nak jadi cam diorang satu hari nanti tapi macam mana kalau aku tak juga bahagia selepas aku dapat semuanya ..aku rasa dah tiba masanya untuk aku pandang ke bawah balik...pandang semua manusia yang menderita dan masih tak dapat hidup senang dalam hidup diorang...apa yang boleh membuatkan aku bahagia ialah dengan membantu mereka ..membuatkan manusia yang menderita tersenyum disebabkan pertolongan aku...suatu ketika dulu ...aku tahu aku nak hidup dgn tenang ...membantu orang sekeliling aku ...tu lah kehidupan yg aku inginkan sebenarnya ..aku tak perlu habiskan tenaga dan masa untuk kejar kemewahan hidup sebab tu bukan yang aku perlukan
Tuesday, April 12, 2016
Lesen kereta

sebut pasal lesen kereta ni buat hati aku panaslah pulak ....aku punya kelas bulan 3 hari tu sepatutnya dah habis ...tapi disebabkan nak balik kg ..aku tangguhkan kelas aku tu ...test jpj pun dah lari ..makin lambat ...masalahnya skrg dah nak masuk pertengahan bulan 4 ...mak aku ada banyak kali call kitaorg punya ejen ...mak aku cakap sombong lepas dapat duit ...lepas aku dapat lesen L (belajar) hari tu dah byr banyak dah ..tinggal berapa ratus lagi ...harga semua aku tak berapan 12++ ... aku kne jugak habiskan aku punya lesen sebab tempoh lesen L tu hanya 3 bulan ...aku dah nak sambung belajar pulak nanti ...harap sempatlah ...
untuk pengetahuan korang aku hanya ambik lesen kereta ...masa belajar aku pakai viva . Dalam duk menunggu ni ..aku ada jugak bawak kereta saga lama mak aku tu ...berpeluh drive saga ...biasalah lama ...sama umur dengan aku ..aircond rosak ...aku test lah drive ...dah bertambah confident nak tekan minyaklah skrg ...dulu takut jugak ...awal2 dlu asyik mati je kereta ...Nanti aku drive auto ..malaslah nak pkai manual ...ambik lesen manual senang ..auto or manual ...dua2 boleh bawak ...auto boleh bawak auto je ...in case ada emergency aku still boleh bawak manual ...lagipun lesen auto lagi mahal
Duduk berdekatan dengan airport
Kenapa aku ada antara nilai and sepang ni ...aku hanya ambik masa belasan minit sahaja untuk sampai ke airport ...ayah aku kerja sebagai pegawai imigresen dekat KLIA ...bukan Klia2 ...korang jangan confuse nanti tak pasal2 terlepas flight ...dahlah bayar mahal.. satu kelebihan sebenarnya ..kalau nak travel tak payahlah nak bermalam kat airport semata mata nak kejar flight . apa yang tak best sebenarnya ...KLIA2 tu kan dah macam shopping mall ....memnglah tapi kalau aku anak orang kaya tak apalah ..bolehlah tiap2 bulan shopping...Panggung wayang jauh ....at least kne pergi alamanda or ioi mall ...or seremban2 ...
Hari tu aku ada jugak tumpang ayah aku g mitsui outlet (macam pust beli belah untuk pelancong ) ...ada bas yang ulang alik dari mitsiu outlet ke klia then Klia2 (FREE) . Masa tu punyalah happy ...lepas masuk kedai tengok harga ...mulalah nak bawak kaki keluar dari kedai tu cepat2 ...tak adalah semua mahal tapi banyak tak murah ...aku steady je dengan adik2 aku pergi berjaln kat klia2 sedangkan tempat pack dan sibuk dengan orang nak naik ...turun dari flight ...buat selamba je lah ..org lain bawak beg besar2
Korang mesti tertanya tanya ...aku ni pernah ke naik flight ...of courselah ..kalau aku nak naik bas pun...hari tu naik kat putrajaya ...disebabkan rumah aku ni dekat dengan klia ...duit untuk beli flight kira berbaloi ...biasanya aku naik air asia je ...murah ...time aku belajar kat mrsm kuala berang kat terengganu dulu pun ....aku ada ulang alik naik flight ni ...sorang2 ...first time takut jugak ..siap salah seat lagi ..buat malu je ..lepas aku dah pro lah ...air asia je lah
LAKORN
apa yang aku tak suka tentang lakorn????
1. kebanyakan kiss diorang tak nampak real
2. jalan cerita tak masuk akal
3. jalan cerita berulang
4. kebanyakan cerita diorang tengan hate then love or love then hate
5. biasanya cerita tentang budak kaya (lelaki) ...perempuan miskin
apa yang aku suka ????
1. biasanyalah pelakon dia cantik or kacak
2. tempat diorang shoot pun cantik (bila hero or heroin merajuk melarikan diri )
3. biasanya cerita tentang budak kaya (lelaki) ...perempuan miskin
4. mencari kelainan dari drama korea
korang kne pandai pilih kut genre korang jugak ...
SO ...sini aku listkan lakorn yang aku suka ...
Lakorn ni antara kesukaan ramai ....what I like about this lakorn ...mungkin aku terjatuh hati dengan perangai bad boy Kawee ok ni citer hate love ....atau slap kiss untuk lakorn
lakorn apa yang paling aku tak puas hati ending ....aku rasalah heroin sepatutnya dapat lelaki yang lebih baik daripada hero ni...awal2 citer dorang memang sweet giler ..this love then hate ...laorn ni bagi perasaan yang aku tak pernah rasa macam perasaan cinta boleh jadi sekejam tu ke
Lakorn ni pulak slap kiss jugak... berkisar tentnag seorang lelaki yang ingin membalas dendam kerana kematian isterinya yang tercinta
aku tahu semua citer ni cinta dan benci ...bukannya aku suka pun that kind of a relationship but mungkin aku suka tengok how their love overcome their hatred to each other or how revenge get over their love ...something like that ...maybe
Subscribe to:
Posts (Atom)