Dia pernah bertanya
Adakah aku kamus kata
Aku tanya kenapa?
Kerana aku hidupnya bermakna
Kerana aku ajarnya erti cinta
Dia pernah bilang
Aku air di bumi gersang
Kusangka aku penawar dahaga
Tapi rupanya pencambah bunga
Membasahi gurun dalam hatinya
Itu semua kata - kata dia
Aku?
Aku malu mahu bertanya
Aku segan bilang cinta
Yang dapat kutitipkan hanya
ROS BIRU UNTUK DIA