Wednesday, October 30, 2013

Bidadari Salju - Mia kiff



Tajuk : Bidadari Salju

Pengarang : Mia Kiff

Harga : RM 36.90(S/M) ,RM 39.90 (S/S)

Penerbit : SR Publication



Mukasurat : 1260 Halaman



Sinopsis : Kayra mula berasa seram sejuk, bulu romanya meremang, dia rasa geli geleman. Tolonglah, jangan berbicara soal lelaki, cinta dan perkahwinan. Janganlah ada yang berani bertanya soal ini kerana dia tak pernah terfikir sama sekali ekoran dendam silam dan rasa rendah diri. Perjalanan hidup Kayra penuh berliku. Menempuhi zaman remaja yang amat menyedihkan. Diri di hina, keluarga di sisih oleh masyarakat. Semuanya angkara fitnah yang merobek maruah dan harga diri. Kayra hanya mampu menangis. Patutlah ramai yang memanggilnya bohsia, pelacur, perempuan balen. Dia popular dengan gelaran jijik itu. Lapan tahun berlalu, lelaki ini hadir semula dalam hidupnya. Jodoh cuba dijauhi, namun perancangan Tuhan tiada siapa yang tahu. Puas ditepis, puas dielak. Bekulah dirinya bagaikan bidadari salju namun ia tetap datang tanpa diduga.

Friday, October 25, 2013

KESUSAHAN UJIAN KEGAGALAN

perasaan



GADIS

kamu cantik


Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, bermesra dengan lelaki yang bukan muhrimnya, hilanglah harga dirinya di hadapan Allah. Di hadapan Allah. Di hadapan Allah!

SALAH

Melepaskan

Kadangkala Allah mempertemukan kita dengan orang yang tidak tepat sebelum mempertemukan kita dengan orang yang tepat supaya kita bersyukur akan belajar daripada kurniaNYA dan belajar daripadanya …

KEINDAHAN CINTA



Ketika cinta menyapamu, janganlah silau dengan indahnya dia, tetapi lihatlah apakah cinta itu akan membuatmu semakin dekat kepada Allah atau tidak..


Friday, October 11, 2013

BE MY WIFE - NURUL AIN SYUHADA




Semenanjung : RM22
Sabah/Sarawak : RM25

HUBUNGAN baik yang terjalin di antara Elman dan Hannah sejak dari kecil retak dek satu insiden. Walaupun bukan salah Hannah, namun gadis itu tetap bersalah pada pandangan mata Elman hinggakan lelaki itu membencinya sehingga mereka melonjak dewasa. Perasaan SAYANG itu bukan susah untuk menjadi BENCI...

Kerana harta, Elman akur dengan permintaan ibu bapanya asalkan harta keluarganya tidak jatuh ke tangan orang lain. Walaupun dulu memang sayang, dulu memang cinta, namun perasaan itu telah lama terkubur. Fikir Elman, keperitan yang dia alami tak seteruk layanannya terhadap Hannah!

Lain pula di pihak Hannah. Rasa hormat kepada Elman yang berpangkat abang kepadanya sejak dari kecil, membuatkan dia hanya menerima cara layanan lelaki yang bergelar suami itu. Syurga di bawah tapak kaki suami, kan? Menguburkan rasa cintanya kepada lelaki lain dan menerima jiran sebelah sebagai suami bukan suatu keputusan yang mudah baginya. Hati merintih dan doa tidak pernah terputus.

“Abang, kenapa abang pakai apron terbalik?” - HANNAH

‘Terbalik?! Aiyayai! Buat malu betul! Dahlah dia nampak aku pakai apron, terbalik pulak tu!’- ELMAN

“Abang Elman yang masak?” - HANNAH

“Then? Ingat ada orang gaji ke dalam rumah ni?”- ELMAN

Tapi... Kalau dah namanya duduk sebumbung, siapa kata cinta tak boleh berputik kembali di antara lelaki dan perempuan? Saat cinta mula berkembang, Allah menguji mereka dengan pelbagai ujian.

Sekuat mana hati Hannah kepada Elman? Permintaan yang bermula daripada paksaan... bagaimana pengakhirannya?

KERANA MAHALNYA SYURGA - IMI HAFIMI



Semenanjung : RM28
Sabah/Sarawak : RM31


“Sebagaimana kau hasut abang aku untuk tukar agamanya, kau seksa mak aku sampai mak aku gila dan mati dalam keadaan yang paling mengerikan, dan sebagaimana kau menjadi punca ayah aku sakit tenat sampai ayah aku mati, kau kena ingat semua tu, Umi Zafwa! Kau kena sedar betapa dalamnya dendam aku kepada kau dan apa sahaja yang berkaitan dengan kau!”

Dendam itu. Kerana dendamnya kepada Umi Zafwa, dia merancang untuk membiarkan Umi Zafwa turut terluka. Umi Zafwa perlu disakiti dan caranya, Umi Zafwa perlu menjadi miliknya dahulu!

Umi Zafwa. Tiada seorang wanita pun yang menginginkan perkahwinan sepertinya. Perkahwinan yang hanya membuka kepada jalan penderitaan. Namun, racun yang diberi Alex, madu yang dibalasnya. Benci yang diberi, kasih yang dibalasnya.

Bukan Alex tidak pilu, bukan Alex tidak terjentik lewat pengorbanan Umi Zafwa, bahkan bergenang air matanya melihat ketenangan Umi Zafwa yang sentiasa tabah meski dilukai.



Lantas, semakin Alex terasa mula sayang, semakin keras dia menyakiti Umi Zafwa. Kemesraan di hadapan Katherina, kekasihnya sentiasa ditunjuk-tunjuk. Umi Zafwa hanya mampu memendam rasa.



Hinggalah saat apabila Umi Zafwa tegar menggantikan tempat Alex di tali gantung... Di situlah dirasakan mahalnya syurga… Dapatkah kesucian pergobanan itu meleraikan sebuah dendam? Kerana dendam mereka bertemu, adakah kerana dendam juga mereka mampu bersatu?

“Tak ada pemandangan yang paling cantik, yang paling indah buat seorang suami selain wajah isterinya...” ALEX

“Boleh tak kalau saya nak pulangkan semula pemandangan paling indah tu sekarang juga?” UMI ZAFWA

“Tak ada apa-apa pun yang awak perlu pulangkan kepada saya. Awak tak ada apa-apa hutang pun kepada saya...” ALEX

Wednesday, October 9, 2013

BUKAN KERANA AKU TAK CINTA (E-MAN SUFI)

“Kalau aku suruh kau terjun dalam kolam tu, kau nak terjun?”

“Untuk buktikan cinta Mas kat abang… terjun kolam pun Mas sanggup. Okey! Mas terjun! Tapi untuk pengetahuan abang... Mas tak tahu berenang!”

“Mastura!!!!!!!”


JEBAT. Seorang lelaki yang katarsis, berdarah campuran Melayu dan Cina dari jalan hitam kehidupan kepada pencerahan. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk jatuh cinta kerana tujuan hijrahnya hanya untuk menuntut ilmu agama dan melupakan kisah silamnya.

Sifatnya yang tenang, rajin dan baik hati telah menarik perhatian Mastura, adik ipar kepada majikannya Uwais. Pelbagai cara digunakan oleh gadis itu untuk menarik perhatiannya hingga Jebat naik rimas dan lemas. Walau berkali-kali ditolak, Mastura tidak juga berputus asa. Dia tidak pernah menyangka gadis cantik,kaya dan bijak seperti Mastura terpaut hati kepadanya, seorang lelaki biasa yang tidak begitu tampan kerana mempunyai parut di bahagian matanya. Mereka umpama The Beauty and The Beast.

“Kau tak malu ke nak bersuamikan lelaki yang tak ada apa-apa?”

“Nak malu apa? Bagi Mas, abanglah yang paling handsome. Bagus juga parut tu… Tak adalah perempuan lain nak rebut abang daripada Mas, kan? Biar Mas sorang aja yang tahu menilai betapa kacaknya abang di pandangan Mas.”

Namun mampukah rumah tangga yang dibina bertahan?

Masih adakah cinta dan kesetiaan dalam hati Mastura apabila mengetahui rahsia sebenar yang Jebat ialah bekas ketua kumpulan gengster!

Sementelah pula lelaki dengan sejarah hitam sebegitu bukanlah suami impiannya.

AKU BENCI KAU - RABIHAH NUR RIDHUAN


Aku benci kau! Itu yang pasti. Darius membenci perempuan kerana mamanya. Walaupun dia ahli perniagaan yang berjaya, namun dirinya tersepit kerana fitnah. Dia terpaksa akur dengan perancangan keluarga untuk meminang Adlene Kayra yang kebetulan berhutang nyawa dengan keluarga Darius. Namun Adlene Kayra menolak pinangan itu kerana mengetahui siapa diri Darius yang sebenar. Akibat desakan Puan Hendon, Darius telah menganiaya dan memerangkap Adlene Kayra demi memastikan gadis itu tunduk dan patuh kepada kehendaknya. Apa lagi yang boleh Adlene Kayra lakukan setelah maruah dan harga dirinya dirampas dengan begitu kejam oleh Darius? Selepas perkahwinan ini, mampukah Adlene Kayra bahagia bersama lelaki yang membenci dirinya? 


Kali ni aku tak nak kau duduk kat sebelah budak sotong tu lagi. Kalau boleh, kau duduk sepuluh meter jauh dari dia. Kalau tak, neraka tempat kau! - Darius

Memang kau jenis lelaki yang tak tahu hargai perempuan yang baik macam Kayra. Kalaulah aku ada satu peluang lagi, aku pasti takkan lepaskan Kayra pada kau. - Danish Iskandar

Asyik-asyik nak ugut masuk neraka. Kalau cemburu cakap ajelah. Saya tak marah. - Adlene Kayra

YA MAULANA - HANA ILHAMI


Maulana Iqbal. Dunianya hanya Darul Ulum At-Taufiqiyah. Al-Quran yang penuh di dalam dada menjadi modal buat pembimbing bakal-bakal hafiz. Hasil tarbiah madrasah, maka lahirlah seorang maulana di Kampung Pulau Sayak.


Adra liyana, maksudnya si perawan cantik yang lemah lembut. Tetapi sayang, watak tidak secantik namanya. Si anak Tan Sri berambut karat, bermini skrit masuk kampung dengan sebuah agenda, untuk memindahkan Darul Ulum dan membina hotel resort di atasnya. Baginya, Maulana Iqbal tidak ubah seperti seorang ustazGothic yang poyo! Dengan berjubah dan berserban bagai.

“Cik Rariru nak jumpa saya?” – maulana Iqbal

“Ustaz! Kut ya pun tak suka I pakai macam ni, tak perlulah ejek nama I, okey? Nama I Rara, bukan Rariru!” – Adra liyana

“Cik Adra tolong pakai pakaian yang sopan dan menutup aurat. Maklumlah, sini tempat budak-budak menghafal Quran. Dan cik kena pakai tudung sekali.” – maulana Iqbal

Setelah rencana untuk memindahkan Darul Ulum tidak berhasil, Adra nekad untuk mengugut Si Maulana. Rencana jahat mula diatur…

“Tolong I! Dia... dia... cuba buat benda tak baik kepada I...” – Adra liyana

“Allahuakbar! Demi Allah! Saya tak buat kerja terkutuk ni.” – maulana iqbal

“Sama ada Iqbal tinggalkan kampung ni atau dia bertanggungjawab atas apa yang dia dah buat. Iqbal kena kahwin dengan perempuan ni.” – Imam Hussin

Cinta Ke 2 - Zihasra Aziz

                                        



RM 22.90
~572 hlm
Bahasa Melayu
Tarikh Terbit: 30 Okt 2013

Belum pun berkahwin Erin Natasha sudah pun mengandung. Kejadian yang tidak disengajakan itu benar-benar membuatkan Erin mati akal dan degup jantungnya seakan terhenti. Perkahwinan yang dirancang bersama Zareef mengundang derita buat Erin. Zareef meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Erin hilang punca.

Bagaimana dengan nasib anak yang dikandungnya? Mampukah dia menyimpan rahsia itu seorang diri? Namun wasiat yang diamanahkan oleh Nek Sarah telah membuka lembaran baru dalam hidupnya. Dia bersetuju berkahwin dengan Harris Haikal walaupun dia tahu sepupunya itu sudah mempunyai kekasih.

Dan Harris Haikal pula terpaksa menerima Erin kerana harta keluarganya. Dia sanggup melakukan apa saja agar harta keluarganya dapat diwarisi.Tegarkah hati Erin meneruskan ikatan perkahwinan tersebut walaupun saban hari saban waktu hatinya sering disakiti oleh suaminya. Adakah cinta kedua menjanjikan bahagia buat mereka berdua?

“Hai tuan doktor, takkan tak faham maksud dua line tu. Kalau mak dan ayah tahu mati Erin.- Erin Natasha

“Alah Erin awal sebulan aje. Dah ekspres nak buat macam mana. Terima ajelah salah kita. Anak itu kan anak kita juga. Jangan risau Zareef akan bertanggungjawab. - Zareef

“Jadi, kau mengandung anak haramlah sekarang.Tak sangka ya gadis kampung yang nampak alim macam ni pun boleh terpedaya dengan lelaki. Kau ingat aku ni apa? Badan kebajikan ke? Sorry Erin kau cari orang lain saja. Aku tak mahu terlibat dengan masalah kau.”– Harris Haikal


Monday, October 7, 2013

TIp bahagia



As salamu'alaikum. Shbt tersyg. Beribu yg minta tip utk dpt HIDUP BAHAGIA. Di antara perkara yg dpt kita lakukan utk bahagia:

1.Rapatkan hub dgn Allah dgn patuh segala perintah Allah,
2.Doa & zikrullah utk tenang & bahagia,
3.Cuci hati agar dpt tarik bahagia & perkara +ve,
4.Elak dendam dgn kemaafan setiap hari sebelum tidur,
5.Layan org lain dgn sopan & kasih syg agar org lain layan kita dgn baik,
6.Lihat setiap masalah sbg cabaran, peluang & didikan drp Allah,
7.Redha dgn qada' & qadar Allah sbb apa yg Allah tentukan adalah yg terbaik utk kita,
8.Bentuk impian yg hebat, sbb org yg ada harapan sentiasa memandang ke depan dgn positif,
9.Remehkan yg remeh & besarkan yg benar2 penting, sbb ramai org yg stres sbb membesarkan perkara yg remeh!
10.Hebahkan kebaikan & tutup kelemahan org lain,
11. Org berjaya tunjuk hasil, org gagal beri alasan-- so elak beri alasan,
12.Fokus kpd apa yg boleh di lakukan sekarang & lupakan yg lalu,
13.Elak bandingkan diri dgn org lain sbb semua org ada kelebihan masing2,
14.Pilih kwn2 +ve yg Allah suka,
15.Jgn risau apa org lain kata, tapi risaulah apa yg Allah kata,
16. Kurangkan cakap & lebihkan mendengar,
17.Luaskan jaringan sahabat,
18.Menyendiri sekali sekala utk rawat & muhasabah diri,
19.Jaga diet-- makanan yg halal, baik & seimbang,
20. Exercise dgn istiqamah,
21.Bentuk sifat Qanaah,
22. Sentiasa jujur-- sekali bohong, kena tutup dgn pembohongan berterusan,
23.Kawal diri & elakkan org lain yg kawal diri kita,
24.Ubah apa yg termampu, yg lain serah kpd Allah,
25.Hakis sifat takut & risau & yakin ketentuan Allah yg terbaik,
26.Fokus pd 1 masalah pd 1 masa,
27. Elak bawa masalah hingga ke tidur,
28. Selalu bahagiakan org lain utk gamit bahagia,
29.Bentuk rutin harian yg positif & mengikut syariat,
30.Programkan minda utk bahagia,
31.Temui cinta sejati,
32.Hidupkan seberapa byk sunnah harian,
33.Seimbangkan hidup agar harmoni. Moga Allah rahmati kita semua.

Dipetik daripada Dato Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah